Saturday 19 September 2015

[MEMANCING] Trip WAC Memancing Ikan Layaran di Rompin, Pahang 2015

SUPERLADY STRIKE  : Sailfish Fishing Trip 2015

Anjuran:  Women Anglers Club (Malaysia) atau Kelab Pemancing Wanita Malaysia (reg.no. PPM-012-10-11082015)

Tarikh:  30 Ogos 2015
Hari:  Ahad
Lokasi:  Rompin, Pahang
Peserta: 20 orang

- cik Normala Rahman
- cik Shima Shariff
- cik Norlela Rahman
- cik Hania Sherita
- cik Zahra Isa
- cik Sh. Laili Zanariah
- cik Siti Qurita
- cik Nurhasyimah
- puan Farah
- puan Nurul Asyikin
- puan Suhaida Nulop
- cik Pazila Shaari
- cik Fariza
- cik Putri
- cik Ashu Ibrahim
- cik Alie
- cik Azura Abd Ghani
- cik Suhana Mastor
- cik Agyn
- cik Olyn

30hb Ogos 2015, Ahad -  kami Women Anglers Club (Malaysia) seramai 20 orang telah berjaya menyahut cabaran memancing ikan layaran. Bertempat di Lanjut, Rompin, Pahang, kami berlepas menggunakan Jeti Kg. Bernas. Sebanyak 4 buah bot memancing digunakan untuk misi kali ini.

Seperti tahun lepas, kami memancing dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Walaupun cuaca agak kurang baik dengan angin kuat serta air gelora, tetapi Alhamdulillah,  semua berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah. Dalam situasi begini, kerjasama berkumpulan sangat penting dan paling penting sentiasa pakai safety jacket.

Total tangkapan kami sebanyak 13 ekor landed dan 26 ekor strike. Tahniah pemancing.

Kami bermalam di Balinese Villa,  Lanjut Beach Resort dan terima kasih kepada pihak hotel sebab menyediakan Pool Side BBQ Dinner yang sangat hebat untuk kami.

www.facebook.com/WomenAnglersClub

-----------------------------------------------

SUPERLADY STRIKE
Sailfish Fishing Trip 2015

host :  Normala Rahman

SJ4000+
SJ7000

location:  rompin, pahang, malaysia
date:  30 august 2015

ROD : 
Fin-nor Offshore Stand Up
Quantum Inazuma 300
Monster Chaser
Jigging Ocea 552

REEL: 
Quantum Boca 60
Quantum Boca 80
Banax GT2000 Xtreme
Banax GT6000 Xtreme

LEADER LINE :
100% Fluorocarbon 60lbs

HOOK:
Circle Hook

BOAT CHARTER :
Mr. Azha  +60139937771
Mr. Hafiz  +60179558522

FISHING GUIDER:
Mr. Izuan  +60179768626

[MEMANCING] Penangan Ikan Pacu di Empangan Air Kuning

buat kali pertamanya saya memancing di Empangan Air Kuning ni dan terus jatuh cinta... hohoho.. mana tidaknya ikan sini dasyat-dasyat belaka..haaaa..kat mana tempat ni ya?

lokasi  : Empangan Air Kuning, Taman Botani, Shah Alam, Selangor

fee masuk  : RM30 / Joran / Masuk

btw, tempat ni sebenarnya fly fishing center tapi......ahaha..tapi....saya tak main fly pun masa ni. saya membottom je uolssss... umpan jangan tanya la, ahaha.. saya guna kulit ayam dan hati ayam.. terima kasih pada pembekal kulit ayam (lanang) dan hati ayam (khaw hock seang).. tapi saya tengok orang guna anak seluang hidup dan pallet lebih dasyat.. kejap-kejap naik ikan.. sakit pulak hati kita.. ahaha..

ikan apa saya dapat  ?

jeng..jeng..jeng... saya berjaya naik kan 3 ekor ikan pacu yang saiz dia sedap sedap tarik tu... ahaha.. macam mana tu saiz sedap tarik tu? siapa kaki pacu tau la.. ahaha..

1st ikan pacu saya dapat masa mula-mula sampai.. guna kulit ayam.. 2nd pun guna kulit ayam juga.. dari tepian je.. yang 3rd tu saya guna hati ayam dan masa ni saya naik bot la ke tengah sikit..best gile tarik pacu atas bot..huhu..

nak cakap lebih pun tak best.. uols tengok gambar dan video je la ye..



[REVIEW] facial treatment di MURAD Empire Shopping Mall

disebabkan banyak intan berlian terkeluar akhir-akhir ini, so saya telah memujuk diri untuk memproses muka ni semula..hihi.. kali ni saya membuat rawatan muka a.k.a. facial treatment dalam bahasa omputih nye di MURAD Empire Shopping Mall..

murad terkenal sangat sebab produk Dr. Murad yang superb bagus dan kalau uols baca review kat google tu, rata-rata semua kata best product eva.. so saya nak try la buat treatment sini..

btw..utk pengetahuan uols saya sebelum ni pelanggan New York Skin Solution (10x treatment) dan lepas tu saya beralih pada Aster Spring (saya peminat dermalogica lebih 5 tahun guna brand ni).. now saja la nak try kebagusan treatment kat Murad pulak..

my review... ini review untuk treatment sahaja tau.. produk belum pakai belom boleh review..

saya meminta AHA maximum treatment (rm250) yang popular tu tapi amoi Murad ni minta saya buat Blemish Treatment (rm299) dan Oxygen Infusion (rm126) sebab saya ada jerawat kat bahagian dahi tu.. saya dah cakap itu jerawat alegik, saya makan banyak seafood hari tu.. tapi takpe la ikot cakap amoi..

treatment tak lama dalam 1 jam 15 minit je.. if nak compare kan treatment jerawat yang dia bagi kat saya ni dengan yang Aster Spring buat dulu (sana pun saya pernah try treatment jerawat juga dulu)..erm.. saya lebih suka Aster Spring buat lebih teliti dan betul betul bersih muka.. cara kendali, procedure, penggunaan mesin di Aster Spring lebih professional.. urutan pun sangat best.. amoi ni tangan kuat, urut sikit je..tak lembut..

hurm..cuci masker pon x bersih..habis rambut ada baki masker dia comot..ish..tapi takpe la..benda dah jadi.. da settle pon.. hopefully esok jangan ada breakout la..sebab lain macam la dia tekan muka tadi..ahaha..

bilik treatment dia tak banyak ada 2 saja.. kat situ la sinki, kat situ la gobok baju, kat situ la diorang simpan barang.. ahaha.. seriously masa buat treatment tu amoi amoi lain dok keluar masuk bilik amik barang la ape la.. tak tenang langsung..kikiki..

so untuk product pula..saya akan start pakai malam nanti la..product yang saya amik, saya mix kan range Blemish Control dan range Age Reform..

- MURAD Clarifying Cleanser
- MURAD Refreshing Cleanser
- MURAD Clarifying Mask
- MURAD Blemish Spot Treatment
- MURAD Skin Perfecting Lotion
- MURAD Complete Reform
- MURAD Hydro-dynamite Ultimate Moisture
- MURAD Hydro-dynamite Ultimate Eye

saya dapat free sample MURAD Invisiblur Perfecting Shield.

nak tau review pasal product pulak..kena tunggu la..ahaha..minta minta la berkesan..so far semua orang kata berkesan..if saya pakai tak berkesan ,mungkin saya bukan spesis manusia..ahahaha..

Wednesday 16 September 2015

PERNAH TAK MEMANCING DI TAMAN WARISAN PERTANIAN, PUTRAJAYA  ?

PERNAH TAK MEMANCING DI TAMAN WARISAN PERTANIAN, PUTRAJAYA  ?

tak berhenti menaikan ikan Jelawat, ikan Baung, ikan Talapia Merah, ikan Talapia Hitam, ikan Lampam, malah jangan cemburu okeh, saya berjaya menaikan IKAN FLOWERHORN !

Pasti ramai tak tahu bahawa disebalik pohon-pohon yang hijau di Taman Warisan Pertanian Putrajaya, ada 2 buah kolam ikan  yang sangat superb. Saya difahamkan bukan sahaja ikan yang seperti saya sebutkan tadi ada, malah terdapat juga ikan lain seperti ikan Pacu, ikan Keli, ikan  dan banyak lagi.

Saya memancing santai-santai sahaja menggunakan pole pancing biasa. Anda boleh cuba mengunakan palet, dedak, cengkerik, cacing atau apa sahaja. Hari ni saya guna palet biasa sahaja. Percayalah ikan disini tak memilih langsung  ! Rasakan karen tarikan pelbagai jenis ikan ini bertalu-talu dan membuatkan anda teruja tak henti.

Saya cadangkan alangkah bagusnya jika tempat ini menjadi tempat santai dan riadah keluarga. Suasana tenang, hijau dan cantik. Memang elok sangat untuk berpiknik bersama anak-anak. Bawa tikar, bawa bakul isi makanan, bawa joran atau pole biasa..hah..ngam sangat dah.

Disamping memancing, anda juga boleh bawa anak anda bersiar-siar di sekeliling taman atau dusun ini dan mengenali pelbagai jenis tanaman serta pertanian yang ada disini. Jangan bimbangkan fasiliti, di sini memang lengkap kedai makan yang banyak, tandas yang bersih dan banyak lagi.

TERINGIN NAK MERASAI TARIKAN IKAN-IKAN INI ?

ada berita gembira saya nak share. jom join untuk pertama kalinya, pihak pengurusan Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan mengadakan pertandingan memancing di kolam ini secara tradisional menggunakan buluh ! Menarik bukan? Hadiah melebihi RM3000... Perghhhh... pakai buluh je tu..maklumat seperti berikut;

PERTANDINGAN MEMANCING

Konsep  : tradisional menggunakan buluh
Tarikh  : 10 Oktober 2015
Hari :  Sabtu
Masa  : 7.30 pagi (pendaftaran)
Yuran  : RM30
Penyertaan  : terbuka kepada semua jantina dan usia, penyertaan berkeluarga dialu-alukan.

Tuesday 18 August 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA WOMEN ANGLERS CLUB MALAYSIA 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA WOMEN ANGLERS CLUB MALAYSIA 2015


Tarikh   : 8 Ogos 2015
Hari  : Sabtu
Masa  : 3-7 petang
Tempat  : Low Road Cafe, Taman Melawati, KL 

Ketua Projek: Agatha David

Dirasmikan oleh: 
Pn Isfarina bt Mohd Bali AMP.,PPT.
Biro Sukan Kebudayaan & Warisan Puteri Malaysia

SPONSOR   :
- snek sunnah (by Mala Business Empire)
- sos sengkuang (by Legacy Premium Food)
- jelly de slurp (by Degarage)
- movie ticket (by GSC Movie)
- hamper & cookies (by My Mom Licious)

MENU  :
- nasi impit
- kuah kacang
- lodeh
- mi goreng
- bihun goreng
- nasi goreng
- kuih muih
- air panas & sejuk

JEMPUTAN YANG HADIR  :
- ahli kelab WAC
- team majalah Umpan (en. hazrizal, en.nazzim, en. faiz, dan en. pet fitry)
- team Hasya Joran (en. hadi & teman)
- team Berita Harian (en. hazrul & teman)
- artis (syanie & teman)

Tuesday 11 August 2015

Majlis Hari Raya Women Anglers Club Yang di Sabotaj TAPI Tetap Berjalan Lancar.

huhu..panjang tak tajuk tu..panjang kan..ngeeeee....

kalau uols nak tau, sabtu lepas, pada 8 ogos.. kelab saya Women Anglers Club Malaysia atau Kelab Pemancing Wanita  Malaysia, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya.....sepatutnya kejadian... cey cey cey.. kejadian gitew..sepatutnya majlis berlansung di Kafe Sukan 50 Yards, Ampang..  tapi.........................malang tak berbau.. bau poloh den je ado tau akibat kelam kabut.. cehhhh...

ceritanya begini, pada 29 July 2015, jam 8 malam..saya selaku president kelab ditemani beberapa exco kelab lain, shim(vice president), agata(ketua projek&exco sponser), cida(setiausaha), dan ara(naib bendahari); kami telah bersama-sama meeting dengan marketing exec. Kafe Sukan 50 Yards (cik emma) bertempat di dalam kedai kafe 50 yards itu sendiri dan mencapai kata persetujuan untuk kami.mengadakan majlis hari raya disitu.. dengan gembira horey horey sebab dah deal ada location majlis, saya sendiri telah mengeluarkan cash membuat booking tempahan disaksikan oleh 4 orang exco kelab yang lain tadi..cik emma pun menerima dan memberikan saya resit booking tersebut.. 

ok.. ada saksi 4 orang.. ada bukti resit.. berlaku didalam kedai tu sendiri...

sebelum majlis beberapa exco kami ada whatsapp cik emma ni.. dia kata semua ok.. ahaaaaa...APAKAH JENIS PALAT YANG BERLAKU???  

majlis kami sepatutnya pada jam 2 petang,  8 ogos 2015... jam 11:30 saya otw ke kedai 50 yard tu as kita dah deal hari tu jam 12 kami nak buat preparation.. apa yang berlaku, kami semua try call cik emma tak angkat phone.. whatsapp dia baca sebab ada tanda biru..pelik... salah seorang kami yang dah sampai kedai kata kedai tutup.. demmmmm....saya cakap kat ara, usaha call kedai..dan dia berjaya dapat call salah seorang owner kedai nama Syid..saya diberitau yang mereka memang tak buka kedai.. double demmmm sgt.. 

sebab sakitnya hati,saya call sendiri SYID ni sebab nak kepastian.. uolssss tau apa dia kat??????  gile ahhh...

"sorry saya dah suruh ema pulangkan duit uols dan batalkan tempahan.  kita ada katering.. semua staf tak ada..."

whatttttt?  gile apa ni.. lagi 2 jam majlis kami mula..semua tetamu dah otw.. our vip, media, sponser.. semua dah otw.. nak buat apa ni? 

than dia jawab," sorry saya tak boleh buat apa..saya tak boleh buka kedai sebab kita dah move out..tuan kedai tu sewakan mahal sangat sampai 15 ribu.. now kita buat katering je dulu..saya cuma boleh say sorry je.. if uols nak buat report polis, uols buat la sebab ema yang amik duit uols..saya dah suruh pulang.."

senang je cakap kan.. malu kami ni macam mana?  majlis kami macam mana?  ni bukan majlis opeh house umah saya.. ini kelab... wartawan pon ada yang datang.. malu wehh....kalau saya nak buat report pon, saya bukan buat report pasal ema amik duit saya, saya buat report atas nama kedai...50 yards.. so semua owner 50 yards terlibat dan bertanggingjawab.. sebab saya bayar booking dalam kedai, ada saksi dan ada resit kedai..paling best kami book 11 hati sebelom tarikh event, if uols nak pindah kedai or dah tanak meniaga mesti masa tu uols dah tai dan tak akan accept tempahan... penganiayaan apa kan ini????  

ha.....kan mak da emosi..mengenang kembali semua yang berlaku..puii...ahaha...tapi tak pe..alhamdulillah nasib baik otak kami ni cerdas belaka sebab banyak makan Snek Sunnah..ekekekee..tanpa melayan emosi tu, saya cakap kat agata..as ketua projek..pikir solution.. cari kedai lain sekarang juga.. ahahaha..

masa tu agata bersama along kat rumah sedang siapkan sponser sos sengkuang.. than along cadangkan kedai abg ridzman khuzaimi kat taman melawati.. nama kedai tu Low Road.. alhamdulillah..  dia kata boleh masak dan guna kedai tu sampai event habis..tanpa berlengah berdesas desus semua kami gerak ke kedai tu..

sampai sana kami semua masing-masing dah take over kedai..ahaha..takde la.. sebab staf situ ada 2 orang je... masa ada tak sampai 2 jam lagi..  so saya cakap, abg masak je.. kami kemas kedai.. saya hidangkan nasi impit, kuah kacang dan lodeh yg kami bawa sendiri.. cida pula membancuh air... shim pasang banner.. han kemas dan deko kan kedai dengan ketupat reben yang mak dia buatkan.. agata siapkan pa system.. ara sediakan hadiah dan cabutan bertuah.. wahhhhh semua gigih dan laju nyeeee bekerja.. ko hado??? eh..tak lupa..saya dah whatsapp semua tetamu update pertukaran lokasi..

masa dah tiba.. semua siap seperti yang sepatutnya.. cuma 1 je sponser kami yg jelly de slurp je tak sampai sampai atas alasan tak jumpe jalan...dalam jam hampir kul 5 baru mereka sampai... semua sponser lain, vip,media, tetamu hadir pada masanya...alhamdulillah..
gambar event saya akan update pada entri blog lepas ni.. ni saja nak tulis lepas geram..ahahahaha..

pape pon semua dah tamat.. majlis sempurna walaupun kami ditipu setegar itu.. sampai hati diorang tu.. cehhh.. next.. saya dan exco kelab akan buat report polis juga adukan ke tribunal pengguna..semoga semuanya berjalan lancar.. amin..

 

 
 

Wednesday 29 July 2015

Blog Saya Disekat

whi semua.. sedih betul la rasa dihati ni bila blog saya yang bertahun-tahun saya ternak sudah kena blok  !!!!! dasar goblok punye olang.. ehehe.. kena blog dengan KKM uolsss... sedey... sebab ada orang buat report letewww...dengki sangat...salah ke saya menjadi telus dan sharing A-Z tentang produk dan treatment mana yang bagus atau tak?  ishhh.. tu... belambak skin care bahaya yang hakis kulit kat pasaran, relek je blog diorang ada wujud je lagi.. uols kejam kejam kejam.. (sambil hentak kaki)

tau tak blog tu dulu sehari 30 orang je pembaca, now sehari 1000-1500 orang.. sebulan pernah cecah 40 ribu pembaca tau... tapi... semuanya kini kenangan.. sape yang jumpe balik blog saya ni bertuah la uols... saya terpaksa create blog baru.. tulis balik..kena kenal kan diri balik... ermmmm... esok esok la saya kenalkan diri yerk.. sebab now da 1:20 pagi, ngantok da..tapi sebab tak sabar nak meluah perasaan tu, ku gagahi jua mata ini..

untuk yang belum tahu, saya penulis yang sama untuk blog superyounglady.blogspot.com  ... blog tu.now.di sekat di Malaysia, siapa dari luar insyaAllah masih boleh baca. tapi semua entri artikel baru akan saya update di blog baru ini.. okey sayang-sayang semua.. nak tido dulu good night.