Tuesday 16 February 2016

[EVENT] Majlis Pernikahan dan Persandingan Nida & Zul

jumaat,  sabtu dan ahad baru ni saya menyibokkan diri ini dengan menghadiri majlis perkahwinan kawan saya (sebenarnya kawan achik, tapi semua kawan achik adalah kawan saya la..ahaha).. Nida & Zul..

nak jadikan cerita, gila lama mereka ni bercinta uolssss.. sakan... macam macam dugaan mereka tempuh bersama... akhirnya lepas 5 tahun juga la kalau tak silap saya.. akhirnya berjaya ke jinjang pelamin.. eh salah..akhirnya berjaya juga mengoncang tangan tok kadi..kikikiki.. alhamdulillah telah sah suami isteri..

MAJLIS MALAM BERINAI
jumaat malam tu (12 feb), Nida dan sanak saudara buat acara kecil kecilan malam berinai.. saya dan achik di jemput.. bertempat di Crown Regency Service Suite, Kuala Lumpur.. acara mula tak silap saya jam 8.30 malam, tapi saya sampai lewat dalam jam 10 malam sebab ada kematian.. kucing saya yang nama Amat tu dah meninggal masa saya bersiap nak keluar umah..sedih uols.... hurm... tamo ingat dah.. tamo tamo.. sambung cerita...  sebab dah sampai lambat, dan ramai sangat sedara mara yang saya tak kenal..so da segan..da terkulat kulat.. slow melow la saya undur diri balik.. ala.. yang penting dah tunjuk muka kat Nida yang kami dah datang tanda support baikkkk punye..hihi..

MAJLIS PERNIKAHAN
majlis pernikahan di buat keesokkan paginya, 13 febuary, bertempat di Saloma Bistro & Restaurant,  Kuala Lumpur. Masa ni Nida dan Zul memakai pakaian gray macam tu.. santekkkk.. selepas dinikahkan atas stage tu.. acara makan makan dan kami dicuci matakan dengan joget joget by penari saloma bistro ni..angkara makanan terlalu masin amat dan terlebih ajinamoto..saya terus migraine... al maklum la, now mak dah tua uolsss..makanan terlebih ajinamoto pon tak boleh... aduhhhh..sakit..memang spoiled betol..sampai rahang sakit..mak tak boleh senyum uols... penat je datang cantek cantek pakai bunga besar kat kepala..(nampak tak puji diri sendiri tu..ahaha)

nak jadikan hal.. kepala da sakit.. muka dah tak boleh senyum.. saya nak bergambar ngan pengantin atas pentas..asikkkk la kena tolak.. jap kameraman kata sana sikit..tepi sikit.. jap baru nak langkah je, dah asik wedding planner je nak bergambar.. last sekali sebelom mak pengsan depan pengantin angkara migraine amat tu..(gile sampai bergoyang dunia rasa)..sebelom drama berlaku, baik saya slow melow keluar dan dapatkan udara segar dan balik je la.. huhu.. panas saloma bistro ni.. tak service aircon keh?

MAJLIS PERSANDINGAN
majlis persandingan diadakan pada esok malamnya 14 febuary bertempat di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur.. malam ni gile ramai yang hadir..sangat meriah.. bila masuk je berderet sanak saudara Nida berbaju gold berdiri sebagai penyambut tetamu.. nasib baik la ada sedara mara Nida ni.. meriah majlis..

malam ni Nida dan Zul berbaju songket hijau ala-ala scha awal punye baju kahwin.. tapi baju ni bukan sewa uols.. diorang buat baru baju ni..ui..rega jangan tanye..yang penting Nida Zul nampak segak bergaya sangat malam ni.. dengan makeup sentuhan kasihcicie... makeup retis.. beb..sekali makeup jeh dah rm1800 okeh.. harus la vas vas bommm meletop hasilnye... memang cantek gile muka nida jadinya..tak tipu..

makanan malam ni ok.. sedap..boleh makan dan cukup rasa..alhamdulillah tak migraine.. hehe..dapat la tunggu pengantin sampai akhir majlis dan bergambar sakan.. penutup majlis ni diriuh rendahkan dengan acara joget lambak by sedara mara nida yang slamber abis..gile best..

UCAPAN & HARAPAN

untuk Nida,
selamat melangkah ke alam baru..  semoga menjadi isteri yang baik dan taat pada suami.. berapa lama hubungan, berapa dozen anak pun lepas ni, ingat...jangan pernah berubah layanan pada suami.. bergaduh itu biasa resam rumah tangga dan bertengkar itu pemangkin rasa cinta..  alhamdulillah semua dah selesai dan bermula.. semoga hubungan uols kekal sampai bila bila, sampai ke syurga..amin..

untuk Zul,
selamat menjadi suami yang baik dan memikul tanggungjawab.. jaga nida elok-elok, didik dia elok-elok..jangan sia-siakan dia.. sebab u tak akan dapat lagi perempuan sama seperti nida or better than her.. ingat semua tolak ansur dan pengorbanan nida lebih dari kekurangan dia, insyaAllah u akan more more cinta kan dia..amin...

SAYANG KORANG BERDUA..

Monday 15 February 2016

[MEMANCING] Trip Kelong Pozi : repeat kali ke-2

AKTIVITI MINGGUAN WOMEN ANGLERS CLUB (MALAYSIA) : TRIP MEMANCING KELONG

Lokasi:  Kelong Pozi, Lukut, N.Sembilan
Tarikh:  6-7 Febuari 2016
Peserta: 27 orang

antara hasil;
- ikan susu
- ikan baji
- ikan ebek
- ikan daun baru
- ikan sebelah
- ikan gerut
- ikan ayam
- ikan kerapu
- ikan todak
- ikan bolos
- ikan siakap
- ikan selar

alhamdulillah.. rezeki Allah beri banyak dan semua gembira..  terima kasih kawan-kawan semua..

contact kelong:
+60193601221 abg pozi

#womenanglersclub
#wac
#kelongpozi

Tuesday 9 February 2016

JALAN-JALAN : Cameron Highland

alhamdulillah.. saya baru je selamat sampai rumah dari percutian..tak kemana pun uolsss.. saya ke cameron highland je.. maklum le musim panas panas ni elok la menyejukkan diri di tempat yang sejuk..haha..

macam biasa la, sampai rumah je terus bongkar..apa barang yang dibelanjakan disana.. saya tak berbelanja banyak pun.. sikit sikit je..

saya beli bawa balik rumah;
- strawberry
- tomato ceri
- kopi strawberry
- cactus
- bunga ros
- bunga kekwa
- pokok nyamuk
- pokok duit
- tanah
- baja

itu sahaja.. jimat.. jap.. nanti pasni saya update kediaman disana, lokasi dilawati pula..

PENGINAPAN

saya menginap di Apartment Puncak Arabella, Cameron Highland

Apartment ni 2 tingkat.. 3 bilik tidur, 3 bilik air (ada water heater), dapur lengkap gile barang (peti sejuk,kuali,pinggan,cawan,cerek dll), meja makan besar, ruang tamu lengkap tv, astro, dvd player...

bilik tidur di tingkat atas ada 1 je.. besar gile, ada tandas, ada tv sendiri..

lagi 2 bilik tidur dan 2 tandas lagi kat tingkat bawah.

sambungan cerita cameron tadi... saya ke cameron bersama achik dan kawan-kawan.. jumaat jam 2 petang kami gerak dari KL dan sampai ke cameron jam 6.30 petang.. kami guna laluan tapah la..pastu singgah jap kat lata iskandar amik gambar air terjun..

sampai je cameron, kami amik kunci.. rehat jap... malam sikit kami keluar balik untuk dinner.. biasa la sana sejuk.. malam tu 17°c.. so kami decided makan steamboat la..panas panas.. sedap...

AKTIVITI DI CAMERON HIGHLAND

esoknya, sabtu.. kami mulakan aktiviti dengan breakfast dahulu.. di cafe time tunnel..  pekena strawberry coffee dan roti dulu.. dah kenyang baru boleh jenjelan..yeayyy...

lepas je breakfast,  kami terus beli tiket dan masuk ke Museum Time Tunnel ni.. museum ni di bawah tanah.. ada banyak sejarah dan barang lama di sini.. so sangat happy  membaca sejarah cameron dan bergambar... hihi.. gambar tu penting...

terus ke hari ahad.. afternoon tea dahulu di Ye Olde Smokehouse,  Cameron Highland..

banggunan ni dah more than 100 years old ok... cantik dan menarik nak bergambar..tapi kena la order makanan dulu...

saya order afternoon tea set.. ada kek, salmon sandwich,  strawberry scones dan cameron tea.. rm48 kalau tak silap saya.. agak mahal tapi takpe la, at least dapat amik gambar..ehehehe..

lepas makan, kami terus ke Mountain Strawberry Farm berdekatan dengan ladang boh sg palas tu..

disini dari awal lagi kali disambut pekerja sini.. dia bawa ke farm... bestnye sini kami boleh memetik sendiri strawberry,  carrot, tomato, dan apa sahaja yang kita nak beli... pengalaman tu.. berharga beb....

sebenarnya semalam kami dah ke Cactus Point ni.. beli pokok berduri macam kaktus dan pokok bunga ros.. tapi bila dah balik rasa macam tak cukup..so hari ni kami repeat ke sini.. beli lagi pokok bunga kekwa, pokok duit dan pokok nyamuk..

masa tak mengizinkan.. dah lewat so kami kena pulang KL.. otw jalan balik tu kami singgah evening tea dulu kat ladang teh... minum teh tarik float dan cheese cake.. memang terbaikkkk..

ok la.. now da 4 pagi.. mata da x larat.. sampai sini je la saya sharing trip pendek kami di cameron highland 3 hari 2 malam.. nite...

BACA ARTIKEL LAIN SAYA BERKENAAN CAMERON HIGHLAND..
http://superyounglady.blogspot.co.uk/2012/03/cuti-cuti-honeymoon-package-casa-de-la.html

http://superyounglady.blogspot.co.uk/2013/02/hotel-reviews-hotel-de-la-ferns.html

PENGALAMAN SAYA HANDLE MASALAH KUCING TETEK BENGKAK.

PENGALAMAN SAYA HANDLE MASALAH KUCING TETEK BENGKAK.

semalam masa nak bagi Potato makan, saya terkejut tengok tetek dia melayut teruk dan keras. saya belek badan dia dan sangat terkejut. separuh badan dia, kira-kira 4 tetek dia yang bahagian bawah tu dah membengkak teruk dan keras sangat. sampai boleh nampak urat dia. (saya tak sempat nak amik gambar masa mula mula tengok tetek dia bengkak, ada gambar masa dia dah dituam dan tetek dia dan lembut sikit je)

masa tu saya terus angkat dia. nangis la macam biasa. saya ni kan kememeh..sikit-sikit nak nangis. saya nangis sebab rasa geram kenapa tak peka ngan perubahan potato ni sampai tetek dia bengkak teruk. saya teringat member ada kematian kucing sebab tetek bengkak dan jadi breast cancer. gile tak cuak.

untuk pengetahuan, potato ni baru beranak. lepas anak dia dah pandai jalan je, dia ni malas nak menyusukan anak. kerja dia merayap keliling rumah. naik tangga turun tangga. pegi dapur, di tengok tv. tu je kerja nya. so anak-anak dia pun dah pandai cari mak angkat, siti nurmiyu la tolong susukan anak dia.

cuma 2 hari je dia tak susukan anak, tetek dia jadi bengkak,  keras, besar macam tu..siapa tak panik uolssss...

action saya bila menghadapi keadaan ini;
1. saya mengelabah
2. saya amik anak-anak dia,  paksa anak dia minum susu..tapi anak dia tanak.. (jgn ikut cara yang ini, ini sebab panik)
3. saya panik. saya nangis.
4. saya masuk kan potato dan anak dia dalam cage.
5. saya whatsapp & mengadu kat achik cakap nak bawa potato gi klinik.
6. saya buka browser internet, saya search pasal tetek kucing bengkak dan cara kendalikan.
7. sementara tunggu achik balik kerja nak gi klinik, saya tuam tetek potato.
8. saya amik baju cotton lama dalam gobok. saya ikat hujung dia dan buh beras dalam baju tu. saya ikat hujung satu lagi baju tu. so ala-ala bantal la jadinya..
9. saya masukkan baju berisi beras tu dalam microwave dan panaskan.
10. lepas tu saya bagi kat potato, saya tuam. agak malas je, saya letak je kat dalam cage. saya pesan kat potato suh letak tetek kat kain beras tu kasi tuam supaya susu cair balik.
11. best thing nye ialah sebab potato dengar kata dan nampak sangat dia nak sembuh.
12. achik balik, sebelum nak gi klinik, saya check lagi.. tetek dia dan kecik sikit dan lembut.
13. tapi saya bawa je ke klinik sebab tanak memandai mandai.
14. kat klinik doktor bagi ubat susut bengkak..ini inject la..dan doktor bagi ubat utk makan esoknya. kos rawatan cuma rm48 je.
15. doktor pesan kena jaga permakanan potato. bagi makan sikit je.. 1 sudu pagi, 1 sudu malam.. sebab kalau banyak makan, banyak lagi susu dihasilkan.
16. balik saya masuk balik dia dalam cagr, catu makanan dia, tuam.
17. HARI NI..... belum sempat nak bagi potato makan ubat yang dibekalkan, tengok tetek dia semua dah kecut dan macam biasa.  dan.... potato dah sambung susukan anak anaknya..
18. yeayy alhamdulillah.

Sunday 7 February 2016

artikel Majalah Umpan : ROYAL BELUM Fishing For Charity (anjuran Women Anglers Club Malaysia)